Tuesday, 28 March 2017

Peraturan Perpustakaan



1.             Peraturan-peraturan Am.
a.         Pakaian Am.

       Semua  peraturan dalam Bab 2: Panduan dan Peraturan Am adalah terpakai.
         Pakaian di dalam perpustakaan adalah mengikut etika pakaian politeknik.

b.        Displin / Tingkahlaku Dalam Perpustakaan
i.      Pengguna hendaklah berkelakuan sopan dan menghormati petugas semasa berada di perpustakaan. Tidur dan makan minum adalah dilarang.
ii.     Pergaulan di antara lelaki dan perempuan perlulah dibataskan supaya tidak menimbulkan fitnah dan masalah.
iii.   Mengalih/ menyusun semula perabut dan bahan yang sedia ada, adalah tidak digalakkan.
iv.   Pengguna adalah dilarang daripada merosak dan mencuri bahan dan peralatan milik perpustakaan. Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan / kecurian barangan  milik pengguna.
v.    Barangan seperti beg, payung, topi, fail, senjata merbahaya dan sebagainya adalah tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam perpustakaan.
vi.   Pelajar dimestikan memakai kad pelajar setiap masa sepanjang berada di dalam perpustakaan.
vii. Telefon bimbit hendaklah dimatikan nada deringan supaya tidak mengganggu pengguna lain;
viii. Fotokopi keseluruhan buku adalah di larang. Kesemua jenis bahan boleh difotokopi kecuali Laporan Projek Pelajar serta Laporan Latihan Industri. Walau bagaimanapun pengguna adalah tertakluk  kepada Akta Hak Cipta 1986.

2.             Peraturan Keahlian Perpustakaan
a.    Keahlian Pelajar / Kakitangan
i.      Setiap pelajar dan kakitangan yang mendaftar di PKB adalah menjadi ahli perpustakaan secara automatik;
ii.     Pihak perpustakaan berhak menggantung/ membatalkan keahlian sekiranya ahli tidak memulangkan buku setelah diberi amaran, melanggar peraturan perpustakaan atau melakukan kesalahan tatatertib
b.        Keahlian Pengguna Luar
i.      Kakitangan kerajaan yang bertugas di jabatan kerajaan dan badan berkanun perlu mengemukakan surat rasmi daripada Ketua Jabatan masing-masing untuk pengesahan identiti bagi pendaftaran ahli perpustakaan PKB;
ii.     Pengguna luar hanya boleh membuat rujukan dan fotokopi bahan sahaja dan tidak boleh meminjam bahan;
iii.   Pihak perpustakaan berhak menggantung/membatalkan keahlian sekiranya ahli-ahli melanggar peraturan perpustakaan.

3.             Peraturan Perkhidmatan
a.    Perkhidmatan Karel
i.      Pelajar dilarang berdua-duaan di antara lelaki dan wanita;
ii.     Tempahan tempat tidak dibenarkan sama sekali;
iii.   Dilarang menconteng/merosakkan meja karel
b.    Perkhidmatan Bilik Diskusi
i.      Kebenaran perlu diperolehi untuk menggunakan bilik ini;
ii.     Pintu bilik perlu sentiasa ditutup untuk tidak mengganggu pelajar lain yang mentelaah;
iii.   Makan dan minum tidak dibenarkan;
iv.   Matikan suis lampu dan peralatan sebelum meninggalkan bilik.
c.    Perkhidmatan Bilik Seminar
i.      Kebenaran perlu diperolehi untuk menggunakan bilik ini;
ii.     Pengguna dilarang keras daripada menayangkan bahan yang dilarang mengikut undang-undang Malaysia;
iii.   Penggunaan secara berkumpulan adalah digalakkan;
iv.   Matikan suis lampu dan peralatan sebelum meninggalkan bilik.
d.    Perkhidmatan Loker
i.      Loker adalah hak milik PKB. Pelajar dilarang menjadikannya milik persendirian;
ii.     Kunci loker perlu dipulangkan setelah digunakan;
iii.   Pihak perpustakaan berhak membuka dan memeriksa barangan yang disimpan untuk tujuan siasatan dan keselamatan.
e.    Perkhidmatan Bahan Rujukan
i. Buku-buku rujukan tidak dibenarkan dipinjam
ii. Buku-buku rujukan tidak boleh dibawa keluar dari bilik rujukan kecuali dengan kebenaran kakitangan perpustakaan.
f.     Perkhidmatan Internet dan Cetakan
i. Pengguna perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu sebelum melayari internet dan setiap penggunaan perlu direkodkan dalam buku Rekod Penggunaan Internet;
ii. Penggunaan internet adalah untuk tujuan pembelajaran/ilmiah sahaja. Melayari laman web terlarang adalah ditegah sama sekali;
iii.    ‘Chatting’ dan permainan komputer adalah ditegah.
iv.   Perkhidmatan internet ditawarkan secara percuma tetapi setiap cetakan dikenakan bayaran minima.
g.       Perkhidmatan fotokopi
i.         Fotokopi keseluruhan buku adalah dilarang;
ii.       Kesemua bahan boleh difotokopi kecuali Laporan Projek Pelajar serta Laporan Latihan Industri;
iii.      Pengguna adalah tertakluk kepada Akta Hak Cipta 1986.
a.         Perkhidmatan Webopac : Pencarian Buku, Semakan Rekod Keahlian, Pembaharuan dan Tempahan Buku Secara Dalam Talian
i.      Pengguna boleh mencari buku di Perpustakaan PKB menggunakan perkhidmatan webopac  dimana sahaja dan bila bila masa asalkan ada talian internet.
ii. Ahli boleh menyemak rekod pinjaman, menempah dan membaharui pinjaman secara maya (online).

No comments:

Post a Comment

Latarbelakang

Perpustakaan PKB adalah seusia Politeknik Kota Bharu yang telah ditubuhkan pada tahun 1985 di Sekolah Menengah Teknik Bunut Susu, Pasir Mas...